Penjara Simpang Rengam, Johor dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negera, Negeri Johor telah menganjurkan Program Merakyatkan Seni dan Budaya (Komuniti Beruniform) pada 27 hingga 28 Februari, 2009. Antara objektif program ini aadalah untuk mengekalkan tradisi "Kenduri Adat" di kalangan masyarakat setempat, untuk memupuk semangat gotong-royong, muafakat dan kerjasama yang menjadi amalan murni masyarakat, untuk merapatkan hubungan dan interaksi antara pemimpin dan masyarakat yang berbilang kaum ke arah melahirkan masyarakat penyayang seterusnya mengeratkan lagi perpaduan kaum dan juga menengahkan permainan tradisional kepada masyarakat setempat. Pada 27 Mac 2009 program dimulakan dengan acara penyembelihan lembu dan diikuti dengan Majlis Berzanji dan Marhaban selepas solat Maghrib. Pada 28 Mac 2009 program dimulakan senam seni diikuti oleh dengan pertandingan mewarna berkeluarga, pertandingan memasak dan gubahan. Kakitangan penjara telah bergotong royong untuk menyediakan kenduri rakyat iaitu nasi ambang yang melibatkan kehadiran masyarakat sekitar Simpang Rengam. Pada sebelah petang Y.B. Liang Teck Meng Ahli Parlimen Simpang Rengam telah sudi hadir untuk menyampaikan hadiah permainan tradisional iaitu congkak, serembat, galah panjang, dam aji dan tarik tali serta pertandingan nyanyian karaoke. Pada sebelah malam Y. Bhg Tuan Haji Abd Razak b. Md Salleh, Pegawai Daerah Kluang telah sudi hadir ke Majlis Penutup Program Merakyatkan Seni dan Budaya. Pegawai Daerah Kluang juga sudi menyampaikan saguhati Tabung Pelajaran Tan Sri Murad Ahmad kepada anak-anak yang mendapat keputusan cemerlang. Persembahan Majlis Penutup turut disertai oleh persembahan masyarakat Melayu, Cina dan India di samping itu antara artis yang hadir membuat persembahan ialah Haziq AF4. |