Banda Hilir, 23 April 2009. Bertempat di Mahkota Hotel Melaka telah berlangsungnya Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Penjara Malaysia Zon Selatan yang telah dirasmikan oleh Y. Bhg Tn Hj Md Nor bin Hashim Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri dan Majlis telah dikelolakan oleh Penjara Banda Hilir, Melaka. Majlis juga turut dihadiri oleh En Nik Ahmad Zaki bin Nik Ismail dan Ketua-Ketua Institusi Zon Selatan. Terdapat 10 institusi yang terlibat sempena Majlis ini iaitu Penjara Simpang Renggam, Penjara Kluang, Penjara Johor Bahru, Pusat Pemulihan Akhlak, Muar, Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Penjara Banda Hilir, Penjara Dusun Datoâ?? Murad, Pusat Kecemerlangan Koreksional Malaysia, Parol Negeri Johor dan Parol Negeri Melaka. Seramai 202 orang penerima anugerah hadir pada majlis tersebut. Majlis tersebut telah berjalan dengan lancar dan sempurna.
|