4 September 2009, bertempat di bilik mesyuarat Sekolah Henry Gurney Keningau telah berlangsung Mesyuarat Rumusan Audit Persijilan Peringkat 1 bagi Persijilan MS ISO 9001: 2008. Pengauditan telah dilakukan oleh Pn. Evelyn Liew Yuen Chun iaitu Ketua Audit dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd. Pengauditan Persijilan Peringkat 1 Sekolah Henry Gurney Keningau adalah salah satu prosedur yang perlu dipenuhi untuk melayakkan sesebuah organisasi melalui Audit Persijilan Peringkat 2 dan seterusnya mendapatkan Persijilan MS ISO 9001 : 2008.
Sekolah Henry Gurney Keningau telah mula melaksanakan MS ISO 9001 : 2008 pada 1 April 2009 dan skop persijilan adalah meliputi Pengurusan Penahanan Dan Pemulihan Penghuni Bermula dari Peringkat Pendaftaran Sehingga Penghuni Dibebaskan. |