| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perubahan Lencana Pangkat dan Ringkasan Gelaran Pangkat

Mesyuarat Jawatankuasa Protokol Dan Pakaian Seragam Jabatan Penjara Malaysia yang diadakan pada 18 Disember 2007 telah memutuskan perubahan lencana pangkat bagi Komisioner Penjara dan Timbalan Komisioner Penjara serta ringkasan gelaran pangkat bagi pegawai-pegawai kanan penjara. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YS. Tuan Wan Mohamad Nazarie bin Wan Mahmood Timbalan Ketua Pengarah (P).

Penggunaan lencana pangkat baru dan ringkasan gelaran pangkat ini akan mula berkuatkuasa pada 15 Januari 2008. Semoga dengan perubahan ini akan memantapkan lagi struktur gelaran pangkat jabatan.

BIL. LENCANA PANGKAT JAWATAN / PANGKAT RINGKASAN GELARAN PANGKAT
1

(tidak berubah)
Jawatan : Ketua Pengarah Penjara JUSA B

Pangkat : Komisioner Jeneral Penjara
KJP
2

(berubah)
Jawatan : Timbalan Ketua Pengarah Penjara JUSA C

Pangkat : Komisioner Penjara
KPj
3

(berubah)
Jawatan : Penguasa Penjara
Gred KX54

Pangkat : Timbalan Komisioner Penjara
TKPj
4

(tidak berubah)
Jawatan : Penguasa Penjara Gred KX52

Pangkat : Penolong Kanan Komisioner Penjara
PKK
5

(tidak berubah)
Jawatan : Penguasa Penjara Gred KX48

Pangkat : Penolong Komisioner Penjara
PKP