| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Menyemarakkan Semangat Merdeka

Pada 30 Ogos 2008, bertempat di Kompleks Sukan Penjara Kajang, Jabatan Penjara Malaysia telah menganjurkan Majlis Menyemarakkan Semangat Merdeka bagi meraikan Kontinjen Jabatan Penjara Malaysia yang akan menyertai Perbarisan Hari Kebangsaan Ke-51 2008. Majlis ini telah menerima tetamu istimewa iaitu Y. Berhormat Dato' Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, Menteri Dalam Negeri dan Y. Bhg. Datin Seri Sharifah Aziah binti Syed Zainal Abidin yang turut melapangkan masa hadir bagi memeriahkan majlis.

Pada majlis tersebut juga, Y. Berhormat Menteri Dalam Negeri telah menyampaikan 'Amanat Merdeka' kepada peserta Kontinjen dan tetamu yang hadir. Antara yang turut hadir pada majlis ini Tan Sri Y. Bhg. Tan Sri Abdul Aziz bin Mohd. Yusof Ketua Setiausaha KDN dan Y. Bhg. Puan Sri Siti Julaina binti Johan merangkap Pengerusi PUSPANITA KDN, Pegawai-pegawai kanan dari KDN dan anggota PERSIAP.

PUSPANITA KDN dan PERSIAP sebelum pada itu secara gotong royong memasak 'Rendang Medeka' untuk diagihkan kepada tetamu yang hadir pada majis tersebut.

1
Y. Bhg. Puan Sri Siti Julaina binti Johan, isteri kepada Y. Bhg. Tan Sri Ketua Setiausaha KDN bersama anggota-anggota PUSPANITA KDN dan PERSIAP sedang memasak Rendang Merdeka.
 
Untuk berita bergambar sepenuhnya klik sini
(14 keping gambar)