Satu majlis Perasmian bagi Kursus KSAPP Fasa 1 Siri 02/08 telah diadakan pada 13 Oktober 2008, jam 1400 p.m. oleh PP. Fathi B. Mursidi diiringi Timbalan Komandan, KIP. Peter Ak Rex Barthy dan Penyelaras Kursus, IP. Barry Percy yang dihadiri seramai 48 pelatih dan pegawai-pegawai Kanan bertempat di Dewan Serbaguna (Gemilang) Pusat Latihan Wilayah Sarawak, Limbang.
Pada majlis tersebut, ianya dimulakan dengan bacaan doa oleh pelatih dan serta bacaan Ikrar Pelatih oleh wakil Pelatih KSAPP Fasa 1 Siri 02/08. Di dalam ucapan Komandan, beliau telah menyampaikan ekspektasi-ekspektasi Jabatan Penjara Malaysia serta Peranan Pegawai Penjara KX17.
Beliau juga menekankan yang mereka (pelatih) merupakan pelapis dan harus faham akan peranan, tugas dan tanggungjawab sebagai seorang Pegawai Penjara KX17. di Pusat latihan inilah mereka harus mengambil peluang untuk belajar dan menimba segala ilmu sebelum diserap bertugas sepenuhnya di institusi masing-masing apabila tamat latihan nanti.
Di akhir ucapan Y.S. Komandan, beliau sekali lagi menegaskan kepada para pelatih supaya sentiasa berasa seronok menjalani latihan dan bukannya rasa tertekan. Anggaplah latihan yang diberikan sebagai pembelajaran dan bekalan ilmu apabila bertugas kelak.