| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Penjara Pusat Sibu

Jalan Awang Ramli Amit, 96000 Sibu, SARAWAK
Tel : 084-330740 | Fax : 084-348487 | Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Maklumat Ringkas

Semasa pemerintahan Brooke, Penjara Sibu dikenali sebagai 'Rumah Pasong'. Rumah Pasong yang awal dibina pada tahun 1890 di tebing Sungai Rejang dan berdekatan dengan Hospital Lau King Howe serta ditadbir oleh pihak polis. Pada tahun 1918, Penjara Sibu dipindahkan ke tempat sekarang iaitu di kawasan seluas 3 ekar yang dikelilingi Jalan Palm, Jalan Pisang dan Jalan Padang. Dari tahun 1918 hingga tahun 1963, Rumah Pasong ditadbir oleh Pegawai Daerah. Apabila Negeri Sarawak merdeka melalui Malaysia pada 1963, Rumah Pasong turut berubah dan dikenali sebagai penjara. Pentadbirannya adalah terletak di bawah Jabatan Penjara dan telah diwartakan pada 25 Ogos 1972 melalui pewartaan The Sarawak Government Gazzette Part II, Vol.XXII, 25 Ogos 1972, No.35.

PROSEDUR LAWATAN BERJADUAL
1. Untuk tempahan lawatan/temujanji melalui telefon, sila dail 084-330740 samb.24 pada hari bekerja waktu pejabat.
2. Maklumat yang perlu dinyatakan ialah Nama banduan, No. Banduan, Tarikh Lawatan, Waktu Lawatan, Nama Pemanggil/Hubungan
3. Pelawat dikehendaki datang 15 minit lebih awal. Lawatan akan dikategorikan sebagai lawatan biasa sekiranya datang lewat.
4. Pembatalan lawatan hendaklah dimaklumkan kepada Unit Pendaftaran Lawatan.
Waktu perjumpaan untuk banduan bagi institusi ini adalah seperti berikut ;

JUMAAT /CUTI UMUM - Tutup
ISNIN hingga KHAMIS - 8.00 pagi hingga 4.00 petang
SABTU / AHAD - 8.00 pagi hingga 4.00 petang