Pada 20 April 2021 (Selasa) jam 2.30 petang, YBhg. Dato' Haji Nordin bin Haji Muhamad, Ketua Pengarah Penjara Malaysia bersama beberapa pegawai telah mengadakan kunjungan muhibah kepada Dato' Ts. Dr. Haji Amirudin bin Abdul Wahab FASc, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia di Cyberjaya. Tujuan kunjungan ialah untuk menjalinkan kerjasama dalam pengukuhan keupayaan forensik siber Jabatan Penjara Malaysia dan CyberSecurity Malaysia.