Lawatan Oleh Pengarah Mardi Negeri Melaka Ke Penjara Pra Bebas, Dusun Dato' Murad
26 Februari 2016 : Pengarah MARDI Negeri Melaka, Puan Saniah Binti Kormin telah mengadakan lawatan ke Penjara Pra Bebas, Dusun Dato' Murad. Lawatan bertujuan untuk meninjau perkembangan sektor pertanian di penjara yang berkonsepkan agro dan peluang untuk penambahbaikan bagi tanaman-tanaman lain. Pengarah Penjara Negeri Melaka, TKP Abdul Aziz Bin Mohamad turut hadir pada lawatan tersebut. Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas berkenaan dengan sejarah penubuhan penjara agro dan juga lawatan ke sekitar kawasan agro, diiringi oleh Pengarah Penjara Pra Bebas, Dusun Dato' Murad, PKP Nor Haizan Bin Md Isa.