Pusat Pemulihan Akhlak




PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji untuk menyediakan tempat kurungan yang selamat dan layanan yang berperikemanusiaan kepada tahanan berlandaskan peruntukan undang-undang. Kami juga berjanji :-

  • Mempastikan tahanan menerima program pemulihan yang bersesuaian
  • Menjamin semua aduan/rayuan tahanan mendapat pertimbangan yang bersesuaian
  • Menyediakan panduan yang lengkap dan mudah difahami bagi tujuan perjumpaan keluarga dengan tahanan
  • Menyediakan tempat menunggu dan tempat perjumpaan yang selamat dan selesa

 



 

PUSAT PEMULIHAN AKHLAK (JPM) BATU GAJAH

(Jabatan Penjara Malaysia)
Jalan Brewster,
31000 Batu Gajah,
PERAK DARUL RIDZUAN

Tel : 05-3632255
Fax : 05-3661519



SEJARAH PPA BATU GAJAH

Institusi ini telah dibina pada tahun 1902. Pada masa itu institusi ini dikenali sebagai Kinta Prison. Seterusnya pada tahun 1951 institusi ini mula menerima banduanita dan dikenali sebagai Central Women’s Prison. Pada tahun 1959 pula institusi ini telah ditukar untuk menampunng Orang Tahanan yang ditahan dibawah Ordinan Darurat 1948. Pada tahun 1964 institusi ini telah dipertanggungjawabkan untuk menahan Orang Tahanan yang ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.
Pada tahun 1983 peranan institusi ini berubah sekali lagi. Mulai tanggal 22 Mac 1983 institusi ini telah dikenali sebagai Pusat Pemulihan Akhlak ( Jabatan Penjara Malaysia ) dan telah mula untuk menahan orang yang ditahan dibawah Akta Dadah Berbahaya ( Langkah-Langkah Pencegahan Khas ) 1985. Melalui akta ini tahanan akan ditahan selama 2 tahun dibawah Perintah Tahanan yang dikeluarkan oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.

[ Carta ]

 

PUSAT PEMULIHAN AKHLAK MUAR

Jalan Salleh
84007 Muar,
JOHOR DARUL TAKZIM

Tel : 06-9522711
Fax : 06-9529126
E-mail : ppamuar@prison.gov.my


Maklumat Ringkas

Bangunan yang sedia ada hari ini, dibina pada tahun 1927 bagi menempatkan budak-budak nakal. Apabila terbina nya Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, kesemua penghuni-penghuni pusat ini dipindahkan ke sana pada tahun 1950. Penjara ini ditutup seketika. Pada tahun 1958, tempat ini dibuka semula dengan nama Tempat Tahanan. 

Pada tahun 1959, tempat ini sekali lagi ditukar nama kepada Tempat Tahanan Perlindungan. Pada tahun 1973, tempat ini ditutup dan semua tahanannya dipindahkan ke Tempat Tahanan Perlindungan Kamunting, Perak.

Pada bulan Oktober 1976, sejumlah 50 orang pegawai penjara bujang dari seluruh institusi penjara di Semenanjung Malaysia dipindahkan ke institusi ini bagi membuat kerja-kerja pembersihan awal dan persediaan untuk menerima orang-orang tahanan yang akan dipindahkan dari Pusat Pemulihan Akhlak, Pulau Jerejak, Pulau Pinang secara berperingkat-peringkat.

[ Carta ]

 

PUSAT PEMULIHAN AKHLAK MACHANG


Jalan Machang - Tanah Merah,
18500 Machang,
KELANTAN

Tel : 09-9762800
Fax : 09-9762911
E-mail : ppamachang@prison.gov.my


Maklumat Ringkas

Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan merupakan projek pembinaan yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-Lapan (RMK-8) dan dilaksanakan pada Rancangan Malaysia Ke- Sembilan (RMK-9) dengan kos pembiayaan berjumlah RM 125.5 juta. Institusi ini terletak di laluan Lebuhraya Tanah Merah–Machang, kira-kira 5 kilometer dari Bandar Machang, Kelantan. Kawasan premis dan tanah, dibawah pentadbiran Majlis Daerah Machang, Kelantan.

Pembinaannya bermula 13 Julai 2005 dengan kaedah rundingan terus dan JKR bertindak sebagai agensi pelaksana, manakala SN. Akmida Holdings merupakan kontraktor yang bertanggungjawab melaksanakan projek pembinaan.

Pusat Pemulihan Akhlak ini dibina di atas lot 3019 di Mukim Kelaweh, Daerah Pangkal Meleret, Machang, Kelantan. Pusat Pemulihan Akhlak Machang telah diwartakan pada 6 Disember 2007 dan mula beroperasi pada bulan Julai 2008 yang ditadbir oleh seorang Pengarah berpangkat Penolong Kanan Komisioner Penjara, bertanggungjawab terhadap pentadbiran penjara merangkumi aspek keselamatan, pemulihan dan pengurusan. Pusat ini telah dikhususkan bagi menempatkan orang tahanan bagi kes Akta Dadah Merbahaya 1985 (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) dan berupaya menempatkan maksima seramai 1000 orang tahanan. Bagi tujuan latihan kemahiran kepada tahanan, beberapa bengkel kemahiran ada disediakan antaranya bengkel batik, bengkel jahit, bengkel dobi, bengkel kraftangan dan bengkel Ikan Keli.

Keluasan Pusat Pemulihan Akhlak Machang adalah 63.491 ekar, meliputi kuarters kakitangan, surau, rumah kelab, dewan serbaguna, taman rekreasi dan bangunan sokongan lain. Selain itu, Kawasan Pusat Pemulihan Akhlak Machang turut dilengkapi dengan Sistem Keselamatan Elektronik Bersepadu (SKEB) yang melibatkan kawalan CCTV, pagar keselamatan dan juga kunci. Ditadbir oleh yang. Jumlah kakitangan beruniform seramai 278 orang dan awam seramai 25 orang. Sesungguhnya pengoperasian Pusat Pemulihan Akhlak Machang ini menjadi satu dimensi baru di dalam sistem kepenjaraan di Malaysia ke arah mencapai visi menjadi Institusi Koreksional Bertaraf Dunia Menjelang 2020.

[ Carta ]

 

PUSAT PEMULIHAN AKHLAK SIMPANG RENGAM

(Dibawah pentadbiran Penjara Simpang Rengam)
86200 Simpang Rengam,
JOHOR DARUL TAKZIM

Tel : 07-7550990
Fax : 07-7556050
E-mail : ppspgrg@prison.gov.my



Sejarah Penubuhan

Penjara/Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam, Johor telah dibina pada tahun 1982 dan siap sepenuhnya pada tahun 1986 di atas kawasan seluas 82.6 hectar (198.2 ekar). 

Pada tarikh 20hb. Oktober, 1986 diwartakan sebagai Penjara bagi menempatkan kalangan banduan kategori reman dan banduan pra-bebas/kerja luar. Kapasiti penempatan adalah seramai 1100 orang.

Pada tarikh 10hb. Mei, 1991 diwartakan sebagai Pusat Pemulihan Akhlak bagi menempatkan tahanan-tahanan dibawah Tahanan Akta Dadah Berbahaya (LLPK) 1985 dan Tahanan Ordinan Darurat (KAMJ) 1969. Kapasiti penempatan adalah seramai 1400 orang.


Alamat Perhubungan

Alamat: Penjara/PPA Simpang Renggam,
86200 Simpang Renggam,
Johor.

Tel : 07-7550990, 07-7551098,
Fax. 07-7556050

Pengarah Penjara/PPA Simpang Renggam pada masa ini ialah Tim. Komisioner Penjara Jamaludin Saad. Beliau mula bertugas di Penjara/PPA Simpang Renggam mulai 6hb. Jun, 2007. E-mail jamald@prison.gov.my.

Sekiranya terdapat keperluan rujukan maklumat berhubung Institusi Penjara/PPA Simpang Renggam bolehlah menghubungi Pejabat Urusetia, Inspektor Penjara Hasmani Wan Jusuh ditalian 07-7551048 ataupun melalui telefonis 07-7550990/1098.


Sistem Peringkat Orang Tahanan


Gambar-Gambar Aktiviti Banduan/Tahanan

Aktiviti Sukan dan Rekreasi Aktiviti Pembentukan Disiplin – Kawad
Aktiviti Kerohanian Kelas Kerohanian Ugama Hindu
Bengkel Latihan Vokasional – Menjahit Hasil-Hasil Kerja Banduan/Tahanan dari Bengkel Vokasional

Nota:
Sebarang pertanyaan berhubung hasil dan jualan bolehlah merujuk kepada Pegawai Pejabat Perusahaan Penjara/PPA Simpang Renggam Pen. Penguasa Penjara Mohd. Rehan bin Hj. Khamis di talian 07-7551134/1138

[ Carta ]