Pada 23 Januari 2024, Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka telah mengadakan Kursus Penjagaan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Melaka. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberikan pendidikan dan pengetahuan mengenai penjagaan kesihatan dan keselamatan persekitaran di tempat kerja. Antara pengisian kursus ialah pemeriksaan kesihatan kepada semua anggota parol dan kakitangan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka serta anggota Parol Daerah Melaka Tengah. Penceramah ialah Dr. Nurfarahin binti Sulong dari Unit Kesihatan Pekerjaan dan Encik Hasnor Hadi bin Asim Pegawai Pendidikan Kesihatan dari Jabatan Kesihatan Negeri Melaka. Seramai 40 anggota serta kakitangan PPN Melaka dan PPD Melaka Tengah telah menghadiri kursus dan menjalani pemeriksaan kesihatan yang dikelolakan oleh pegawai perubatan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Melaka. Majlis disempunakan oleh PKK Norneelah binti Shukor, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Melaka.