| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman

Majlis Pelancaran Pes Asam Pedas dan Rendang Betawi dari Buku Resepi Air Tangan Tengku Ampuan Pahang

KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat ke Majlis Pelancaran Pes Asam Pedas dan Rendang Betawi dari Buku Resepi Air Tangan Tengku Ampuan Pahang. Majlis berkenaan berlangsung di Pusat Vokasional Industri Penjara Bentong. Hadir sama pada majlis ini adalah YBhg. Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) Kementerian Dalam Negeri, YBhg.KJP Dato' Haji Nordin bin Haji Muhamad, Komisioner Jeneral Penjara, YBhg. TKJP Dato' Haji Abdul Aziz Bin Abdul Razak, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara(Keselamatan&Koreksional) serta YBhg. TKJP Dato' Ibrisam Bin Abdul Rahman Timbalan Komisioner Jeneral Penjara(Pemasyarakatan). Baginda juga berkenan untuk berangkat ke Bengkel Tenun Pahang Diraja,Penjara Bentong untuk melihat hasil serta cara tenunan dan memberi tunjuk ajar berkenaan tenunan kepada penghuni di Penjara Bentong.