| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman

Kunjungan Hormat Ke Atas Sahibus Samahah YH Dato’ Sri Dr. Hj Abdul Rahman Bin Othman (Mufti Negeri Pahang)

Pada 23 November 2022(Rabu), Bertempat di Jabatan Mufti Negeri Pahang, Pekan telah diadakan kunjungan hormat ke atas Sahibus Samahah YH Dato' Sri Dr. Hj Abdul Rahman bin Othman (Mufti Negeri Pahang). Kunjungan ini bertujuan bagi menjalinkan kerjasama dua hala antara kedua-dua pihak bagi membincangkan program keagamaan yang boleh diserapkan kepada penghuni Penjara terutama penghuni Tahfiz Baitul Hikmah Penjara Penor.

Kunjungan hormat ini diketuai TKP Dato' Abu Hasan Hussain Pengarah Penjara Negeri Pahang bersama TKP Muhammad Ismail Pengarah Penjara Bentong, PKK Fayrouz bin Ahmad Zawawi Pengarah Penjara Penor dan Pegawai Pemulihan serta Pegawai Agama Penjara Penor.

YH Dato Sri Mufti bersetuju membantu program keagamaan dan tahfiz di penjara dalam melahirkan ummah sejahtera apabila dibebaskan kelak.