ISNIN, 05 September 2022 – YDH Pegawai Yang Menjaga Penjara Simpang Renggam, TKP Abdul Kadir Jailani Bin Ismail menerima kunjungan hormat daripada Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Bahrin Bin Mohd Nor. Beliau yang turut disertai seramai 14 orang delegasi terdiri daripada ketua-ketua bahagian Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang (IPD Kluang) tiba ke Penjara Simpang Renggam pada jam 09.00 pagi dengan disambut oleh Penguasa Penjara, PP Mohd Rehan Bin Hj Khamis di perkarangan bangunan pentadbiran. YDH ACP Bahrin Bin Mohd Nor bersama Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, DSP Abdul Razak Bin Abdullah Sani dibawa ke Bilik PYM untuk mengadakan pertemuan bersama Pegawai Yang Menjaga Penjara Simpang Renggam sebelum dibawa pula ke Bilik Mesyuarat untuk sesi taklimat yang disampaikan oleh TPP Mohd Hafizudin Bin Zainal Abidin dan sesi penyampaian cenderahati. ACP Bahrin bin Mohd Nor dalam ucapannya pada sesi taklimat menyatakan bahawa tujuan kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara pihak IPD Kluang bersama Penjara Simpang Renggam selain berhasrat ingin menjalinkan kerjasama bagi program sukan dan kemasyarakatan pada masa akan datang.
Delegasi IPD Kluang kemudiannya dibawa melawat ke bengkel-bengkel sekitar Penjara Simpang Renggam dan Pejabat Perusahaan bagi melihat program-program pemulihan yang dijalankan bagi penghuni Penjara Simpang Renggam Johor dan mempromosikan produk-produk Penjara Simpang Renggam. Kunjungan hormat tersebut selesai pada jam 12.30 tengahari.