| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Penjara Bentong

Kompleks Penjara Bentong, Mempaga, 28600 Karak, Bentong, PAHANG DARUL MAKMUR
Tel : 09 - 221 0111 Faks : 09 - 224 1553

Maklumat Ringkas

Penjara Bentong Pahang adalah sebuah penjara baru yang dibina dengan kaedah rundingan terus dan JKR sebagai agensi pelaksana. Trans Resources Corporation Sdn Bhd adalah kontraktor yang bertanggungjawab melaksanakan pembinaan Penjara Bentong. Dibina diatas Lot PT 15878 Mukim Sabai dalam Daerah Bentong Pahang dengan keluasan 54.97 hektar (135.84 ekar) yang terletak di gugusan Felda Mempaga. Kos pembinaan keseluruhan projek adalah sebanyak RM 238 juta. Projek ini dimulakan pada 31 Mei 2005 dan siap pada 31 Julai 2008. Diwartakan sebagai Penjara Bentong berkuatkuasa sah pada 1 Jun 2008 melalui surat [ KDN.S.171/1355 Klt. 6:PN(PU)163/VIII ] bertarikh 12 Mei 2008. Penjara Bentong ditadbir oleh seorang Pengarah Penjara berpangkat Timbalan Komisioner Penjara Gred KX54 dengan jumlah kakitangan seramai 584 yang terdiri daripada pelbagai peringkat perjawatan.

Penjara Bentong merupakan kategori maksimum dengan menempatkan banduan reman dan sabitan lelaki serta wanita dengan kapasiti 3000 orang banduan dan juga Tahanan POCA. Penjara Bentong dilengkapi dengan Sistem Keselamatan Elektronik Bersepadu yang melibatkan kawalan kawalan CCTV, pagar keselamatan dan juga kunci.

Penjara Bentong juga dilengkapi dengan perumahan kakitangan yang moden terdiri daripada kelas C,D,E,F dan G serta selesa dengan kemudahan-kemudahan lain untuk kakitangan seperti Masjid Kompleks Penjara Bentong dan taman-taman permainan juga disediakan serta kemudahan-kemudahan rekreasi yang lain seperti gimnasium, gelanggang-gelanggang permainan, padang bolasepak, dewan serbaguna dan rumah kelab.