E-BULETIN INTEGRITI - EDISI 2/2023
Polisi Anti Rasuah Jabatan Penjara MS ISO 37001:2016 Anti-Bribery |
Polisi Pengurusan Hadiah Jabatan MS ISO 37001:2016 Anti-Bribery |
Polisi Konflik Kepentingan Jabatan MS ISO 37001:2016 Anti-Bribery |
Polisi Perlindungan Pemberi MS ISO 37001:2016 Anti-Bribery |
Keputusan Mesyuarat Lembaga Tatatertib Bil.8/2022
Keputusan Mesyuarat Lembaga Tatatertib Bil.4/2022
RINGKASAN EKSEKUTIF
PACP 2020-2024 ini merupakan satu pelan strategik Jabatan Penjara Malaysia ke arah menyelaraskan pelan dan tindakan bagi menangani isu dan permasalahan rasuah yang berlaku dan berpotensi untuk berlaku melibatkan fungsi dan peranan Jabatan Penjara Malaysia.
Pembangunan dan penghasilan pelan ini adalah bertepatan dengan Arahan YAB PM No. 1 Tahun 2018 dalam Siri 2 No. 1 Tahun 2018-Pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) yang menggantikan Pelan Integriti Nasional, yang mana menerusi NACP, semua Kementerian/ Jabatan/ Agensi diwajibkan membangun dan melaksanakan OACP. Justeru, satu bengkel pembangunan PACP bersama Institut Integriti Malaysia telah diadakan pada 3 – 6 September 2019 (Selasa – Jumaat) bertempat di Akedemi Koreksional Malaysia, Langkawi Kedah yang dihadiri oleh semua pegawai kanan dari Ibu Pejabat dan Negeri.
Secara dasarnya, PACP 2020 – 2024 dibangunkan dengan objektif:
- Menggariskan kerangka dan hala tuju tindakan pencegahan bagi menangani isu dan permasalahan rasuah khususnya di dalam Jabatan dengan lebih jelas dan berkesan;
- Membudayakan amalan dan nilai-nilai integrity, akauntabilti dan ketelusan dalam pentadbiran ke arah mengurangkan isu dan permasalahan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa; dan
- Meningkatkan imej Jabatan Penjara Malaysia dan kepercayaan pemegang taruh serta pelanggan ke atas perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Penjara Malaysia.
E-BULETIN INTEGRITI - EDISI 2022