Maklumat Ringkas
Tempat Tahanan Perlindungan Taiping lebih dikenali sebagai KEMTA. Ia terletak kira-kira 8 km. dari bandar Taiping dan 3 km. dari pekan Kamunting dan mempunyai keluasan 230 hektar. Institusi ini mula dibuka pada November 1973 bagi menempatkan orang-orang yang telah melakukan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Sek. 8(1)).
Pada 14 hb. November 1973, perpindahan 91 orang tahanan dari Tempat Tahanan Khas Batu Gajah yang terdiri daripada anggota-anggota komunis merupakan tarikh permulaan institusi ini beroperasi. Walaupun diperingkat awal pembukaannya ia menempatkan tahanan-tahanan yang sebahagian besarnya merupakan anasir-anasir subversif tetapi sekarang ianya menempatkan tahanan-tahanan yang ekstremis politik, pelampau-pelampau agama dan juga bekas anggota-anggota komunis yang menyerah diri.
Klik sini untuk
Artikel Modul Tahanan