Pada masa era penjajahan “Colony Of North Borneo” dan penjara pertama ialah di Residensi Sandakan yang ketika itu merupakan Ibu Negeri sabah. Penjara Sabah ditadbir pula oleh “Inspector Of Prison yang juga sebagai Commisioner Of Police”.
Pada tahun 1960, penjara mula ditadbir oleh Pesuruhjaya Penjara Sabah, Tuan Betrand Raymond Lowe dari England. Bagaimana pun Pentadbiran Penjara Sabah mula bertukar tangan sepenuhnya pada tahun 1969 apabila Tuan George Samuel David dipindahkan dari Penjara Pulau Pinang ke Ibu Pejabat Penjara Sabah sehingga tahun 1972 sebagai Pengarah Penjara Sabah. Seterusnya Tuan Othman Datuk Mohd. Peter Andu dari tahun 1972 – 1990, Tuan Antony Lajingga dari tahun 1990 -1995, Tuan George Jinivon dari tahun 1995 – 2001, Tuan Micheael Jianul dari 2001 – 2003, Tuan Jamaludin b. Saad 2003- 2006, Tuan Jews Sinau @ Prichard tahun 2006 dan Pengarah Penjara Sabah sehingga hari ini adalah Tuan Mohd. Sabri b. Yaacob.
Bangunan Ibu Pejabat Penjara Sabah dibina pada tahun 1970 dan mula beroperasi pada tahun 1971. Sebelum itu pentadbiran Ibu Pejabat adalah bertempat di Penjara Pusat, Kepayan sehingga pada tahun 1971.
Manakala Ibu Pejabat baru telah siap pada tahun 2007. Jabatan Penjara Malaysia, Sabah merupakan salah satu Jabatan Persekutuan di Negeri Sabah dan menyelia 7 buah institusi iaitu Penjara Pusat Kota Kinabalu, Penjara Wanita Kota Kinabalu, Penjara Sandakan, Penjara Tawau, Sekolah Henry Gurney Wanita Kota Kinabalu, dan Sekolah Henry Gurney Keningau.
Pengurusan Ibu Pejabat Penjara Sabah, telah berpindah ke bangunan baru setelah majlis penyerahan kunci daripada pihak kontraktor kepada Pengarah Penjara Negeri Sabah pada 29 Februari 2008. Tetapi mula diduduki pada 3 Mac 2008.
[ Carta ]